29 February 2016

4 GAMBAR - YOUK, ANGGOTA TERAKHIR BUNKFACE KAHWIN



Youk atau nama sebenarnya, Mohd Farouk Jaafar, 27, menjadi anggota terakhir kumpulan Bunkface yang melangsungkan pernikahan kelmarin.

Youk selamat melangsungkan pernikahan dengan Nor Aliaa Rosli, 26, di kediaman pengantin perempuan di Sungai Buloh, Selangor.

Untuk info, pada Januari lalu, pemain gitar utamanya, Ahmad Farhan Hashim atau Paan berkahwin dengan Nurul Aqilan Azlan... sementara Vokalis, Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam), pula menjadi anggota pertama kumpulan itu yang beruma tangga dengan Aida Azira Husin, pada April 2015.

Klik gambar untuk size besar




Pernikahan Youk dan Nor adalah bersamaan dengan hari perkahwinan Yatt Hamzah dan bekas penyampai radio Hot FM, Liza.

Youk telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwinnya RM1,000.

"Alhamdulillah, lega rasanya kerana semuanya selesai. Sekarang tanggungjawab saya semakin besar, justeru saya kena lebih fokus dalam kerjaya.



"Dulu, hidup sebagai orang bujang tetapi sekarang suasana berbeza... saya juga kena fikirkan mengenai isteri. Apa pun. matlamat untuk membina keluarga sudah dicapai. Insya-Allah," ujar Youk dipetik sebagai berkata.

"Insya-Allah pada 5 Mac depan, majlis sebelah pengantin perempuan akan diadakan di ibu kota, diikuti majlis sebelah saya di Klang, Selangor," tambahnya yang mengenali isterinya di sebuah universiti dalam bidang perakaunan sejak tujuh tahun lalu.

Difahamkan, mereka berdua akan berbulan madu di Bali, Indonesia, pada pertengahan bulan depan.

Tahniah diucapkan!




Sumber: BH - Foto: Youk IG



         ________________________





No comments: