28 February 2016

YANA SAMSUDIN SUDAH MENGANDUNG?



Adakah Yana Samsudin kini sedang mengandung kerana melalui kosmo, ramai yang menebak keadaan tubuhnya terutama di bahagian perut kelihatan seperti sedang hamil ketika menghadiri majlis resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Namun tatkala menyuarakan persoalan tersebut, Yana hanya tertawa besar.

Yana ketika ditemubual bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua. Yana hanya memberitahu, jika ada atau tidak ada sekali pun dia tidak mahu kongsikan.





"Agak-agak berapa bulan? Sebab ramai yang bertanya kata nampak perut saya ketika majlis resepsi Saheizy Sam dan Syatilla.

"Jika ada pun dan ia masih lagi baharu saya tidak selesa untuk kongsikannya sementelah latar belakang keluarga Fadzil ramai yang doktor. Kata mereka, jika kandungan baru beberapa minggu tidak elok dikongsikan sebab ia masih belum kuat," ujar Yana dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Yana dan suaminya itu mendirikan rumahtangga pada 13 Februari tahun lalu.

Jika benar Yana kini sedang hamil, tahniah kami ucapkan.








Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: