14 March 2016

10 GAMBAR - BILA AMMAR ALFIAN KAHWIN DALAM SENYAP



Ammar Alfian yang sebelum ini membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dek kerana sudah malas mahu melayan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering menganggap beliau tidak sopan telah pun bergelar suami dan melangsungkan perkahwinannya secara senyap-senyap pada 6 Mac lalu.

Pelakon yang pernah mencipta kontroversi mencacah tatu pada badan selepas kecewa putus cinta dengan Puteri Sarah Liyana itu selamat bernikah dengan seorang guru berusia 29 tahun.





Sebab mengapa Ammar menyorokkan berita gembira tersebut adalah kerana dia tidak mahu menghebohkan kerana katanya dia bukan lagi artis dan tidak mahu terlibat dalam industri hiburan lagi.

"Untuk apa saya menguar-uarkan perkahwinan jika saya bukan lagi artis dan berada dalam industri seni," ujar Ammar dipetik melalui Kosmo.



Sebelum ini juga, Ammar pernah didakwa terbabit dalam satu rakaman video lucah bersama seorang lagi pelakon wanita.

Apapun, marilah kita doakan agar rumahtangga yang dibina itu akan berkekalan hingga hujung nyawa. Amin!



















         ________________________





No comments: