20 March 2016

13 GAMBAR - ISTERI SELAMAT BERSALIN, SHAHZ JASZLE KENA KERJA KUAT



Tahniah diucapkan buat Shahz Jaszle yang telah bergelar ayah apabila isterinya, Hanis Husna selamat melahirkan anak sulung.

Menurut Shahz, banyak perubahan berlaku dalam dirinya lebih-lebih lagi bila mempunyai anak.





"Alhamdulillah, keluarga saya bertambah bahagia selepas isteri selamat melahirkan anak sulung perempuan. Sepanjang itu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya seperti komitmen saya semakin tinggi.

"Saya kena kerja kuat untuk menyara keluarga, tambah-tambah lagi apabila isteri sudah tidak bekerja lagi," ujar Shahz dipetik sebagai berkata.



Sementara itu, Shahz menjelaskan perubahan berat badannya yang kelihatan sedikit berisi kerana dia begitu bahagia dengan kehidupannya kini dan akan menurunkan berat badannya semula untuk memenuhi tuntutan kerjayanya.

"Saya naik badan 5kg dari 75kg ke 80kg dan dalam masa yang sama saya sedang berdiet semula untuk memenuhi tuntutan tawaran berlakon," jelasnya.

Untuk makluman, anak perempuan mereka ini diberi nama Alana Jasmin.

























         ________________________





No comments: