20 March 2016

46 GAMBAR - SELAMAT NIKAH, JIHAN MUSE KINI ISTERI UNGKU HARIZ



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31 tepat jam 3.20 petang tadi.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam itu dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.





Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz, dengan disaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki; bapa pengantin lelaki; adik-beradik dan keluarga terdekat.

Dalam majlis tersebut, Ungku Hariz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pihak perempuan. Bagaimanapun, pasangan pengantin memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.



Jihan dan Ungku hariz kelihatan segak dan anggun dengan menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Saidatul Nisa serta Bosco Ryzal.

Sementara itu, pasangan selebriti ini memilih tema tradisional klasik bagi majlis persandingan mereka yang akan diadakan pada 27 Mac ini di Shah Alam. Pada majlis itu, mereka akan menggayakan rekaan Man Kajang.

Tahniah kami ucapkan dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat.
























































































Sumber: BH
Foto: project2pi


         ________________________





No comments: