21 March 2016

61 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ YANG SEDERHANA



Malam semalam, majlis resepsi Jihan Muse, 33, dan Ungku Hariz, 31, telah diadakan sejurus selepas majlis pernikahan petang semalam.

Majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Dalam majlis itu, Jihan kelihatan anggun dengan menggayakan gaun putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Ungku Hariz pula segak dengan suit yang cukup eksklusif hasil pereka fesyen yang sama.





Apa yang menarik, Jihan dan Ungku Hariz persis Cinderella dan Prince Charming apabila menaiki kereta kuda menuju ke majlis resepsi.

Ditanya mengenai anak, kata Jihan, dia berharap agar beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin kerana faktor umurnya yang sudah memasuki usia 33 tahun.

Dia mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga yang sempurna dengan anak-anak sebagai penyeri rumah tangga.



"Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Menurut Jihan, percintaan selama sembilan tahun membuatkan dia dan suaminya lebih matang dalam mengendalikan sebarang masalah.

"Hubungan kami sudah sembilan tahun dan boleh dikatakan agak matang sebab dulu sudah bergaduh dan tahu perangai masing-masing.



"Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Ungku Hariz berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk wanita itu meneruskan kerjayanya sebagai selebriti selepas berkahwin. Katanya, apa yang penting Jihan dapat menjaga maruah dan dirinya sendiri seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Untuk makluman, pasangan ini akan sekali lagi diraikan di Shah Alam pada 27 Mac depan dengan memilih tema tradisional klasik. Pada majlis itu, mereka akan menggayakan rekaan Man Kajang.




















































































































Foto: project2pi


         ________________________





No comments: