19 March 2016

AL-FATIHAH - NENG YATIMAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Ibu kepada Allahyarhamah Roseyatimah, iaitu seniwati Neng Yatimah, atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, meninggal dunia dalam usia 92 tahun.

Neng Yatimah pulang ke rahmatullah pada 10.30 pagi tadi, dan dibawa ke Pusara Abadi sebelum dikebumikan.





Untuk info, Allahyarhamah yang dilahirkan pada 1924 di Singapura, merupakan pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem-filem klasik seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan filem terakhirnya, Mama oh Mama.

Beliau, yang memulakan kerjayanya dalam bidang perfileman pada 1949, sebelum ini dilaporkan semakin uzur dan mengalami masalah jantung dan barah kolon. Allahyarhamha dilaporkan dijaga cucu saudaranya di Singapura.

Sebelum ini, anak menantunya iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada 15 Disember 2014 ketika berusia umur 79 tahun di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.






Sumber: Mediacorp



         ________________________





No comments: