05 March 2016

BERIKUTAN DAPAT 9A DALAM SPM - AJAI HADIAHKAN ANAK KERETA



Disebabkan bangga dengan kejayaannya anaknya mendapat 9A dalam keputusan SPM kelmarin, komposer dan penyanyi Ajai bakal menghadiahkan anaknya sebuah kereta. Bagaimanapun, ia bukanlah kereta mewah sebagaimana yang dihadiahkan oleh Che Ta dahulu kepada anaknya, tetapi kereta biasa sahaja.

"Bukan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini," ujar Ajai.





"Potensi anak saya dapat dilihat sejak dulu lagi. Namun, sebagai bapa, saya tidak mahu terlalu berharap.

"Kalau saya kecewa, nanti dia lebih kecewa. Saya tidak mengongkong Ayu untuk belajar kerana lebih selesa membiarkan dia mengulang kali pelajaran mengikut waktunya sendiri.



"Kita sendiri dulu pun tidak suka dikongkong, jadi saya memahami situasi di mana dipaksa untuk belajar. Saya turut menasihati Ayu untuk mendekatkan diri dengan Allah menjelang peperiksaan," tambahnya yang selepas ini akan memberi kebenaran kepada anaknya untuk menyambung pelajaran ke luar negara jika mendapat tawaran.

"Saya memberi peluang kepada Ayu membuat pilihan sendiri untuk menentukan hala tuju masa depannya. Ayu lebih cenderung memilih jurusan perubatan veterinar," katanya lagi dipetik melalui BH online.



         ________________________





No comments: