01 March 2016

MENYANYI SETELAH BERPURDAH - INA NAIM TAK KISAH DIKRITIK



Meskipun ada yang mengkritiknya kerana mahu menyanyi setelah berpurdah dan ada juga yang mendakwa suaranya tidaklah sesedap mana, namun Ina Naim tetap dengan pendiriannya untuk kembali berjuang dalam seni suara.

Artikel terdahulu:
Menjawab kenapa setelah berpurdah baru nak menyanyi... kata Ina, dia ada kelapangan untuk meneruskan kembali kerjaya seni setelah anak-anaknya membesar. Tambahan pula, dia hanya akan menyanyi pada majlis-majlis tertentu sahaja.





“Kembalinya saya untuk rakam lagu bukan nak cari populariti macam dulu tetapi nak jadikan lagu itu sebagai saluran untuk menyebarkan dakwah. Saya mahu jadikan bakat menyanyi yang diberi Allah ke jalan yang ‘berfaedah’.

"Jika dulu saya menyanyi sebab suka-suka, sekarang ini menyanyi dengan tujuan tertentu iaitu untuk mengembangkan dakwah.

“Kita semua sedia maklum, bahawa muzik mudah diterima dan jika irama lagu itu diadunkan dengan lirik yang bermanfaat, sudah pasti memberi kebaikan kepada semua yang mendengar. Itulah objektif saya bila bergiat semula dalam bidang seni kerana semua yang saya buat ini, kerana Allah,” ujarnya dipetik sebagai berkata.



“Saya tidak kisah orang nak kata apa bila saya berpurdah begini. Ada yang kata tak sesuai nak menyanyi. Saya enggan mendengar kata-kata orang, mereka boleh kata apa saja tetapi saya tetap dengan pendirian mahu menyanyi.

"Lagipun kemunculan semula saya bukan untuk raih glamor, saya ada misi tersendiri iaitu berdakwah melalui seni,” jelasnya.

Sementara itu, suami Ina iaitu Suhaimi pula berkata, semua itu berlaku kerana ingin memberi peluang kepada isterinya untuk terus aktif sebagai penyanyi setelah sekian lama berehat kerana menjaga anak-anak yang masih kecil.

“Bila anak-anak sudah besar, rasanya tidak salah mengizinkan Ina untuk kembali aktif menyanyi. Selama ini pun, walaupun Ina tidak ada album tapi dia sering mengikut saya mengadakan persembahan. Gabungan kami nanti adalah sebagai satu permulaan untuk mengetengahkan Ina ke persada seni semula.

“Kenapa kami bersetuju untuk berduet? Kalau kita lihat sekarang ini jarang sangat ada penyanyi duet suami isteri, jadi kami pun nak cubalah. Lagu yang nak kami rakam ni berunsur ketuhanan. Mungkin dengan cara ini kami dapat berdakwah dengan cara tersendiri,” katanya yang bakal tampil dengan lagu duet, Jutawan Pemurah.






MUZIK VIDEO INA NAIM - 'DUHAI HATI'

www.myartis.com -- Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: