16 March 2016

DUGAAN REMY ISHAK - BALIK KERJA KERETA LESAP



Jika sebelum ini, ramai artis kita yang kehilangan kereta, kali Remy Ishak pula yang kehilangan kereta miliknya akibat dicuri.

Difahamkan, Remy ketika itu baru sahaja pulang dari kerja dan menyedari kereta Mitsubishi Triton miliknya telah hilang.





Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis juga turut membantu memuat naik status Remy di laman sosial mereka bagi menyebarkan berita mengenai kehilangan kereta Remy.

"Aku penat baru balik kerja, kau curik kereta aku. Jika ADA siapa-siapa ternampak sila call +60136293825. Tolong saya," ujar Remy di laman IGnya.

Kami berharap agar Remy Ishak bersabar dengan ujian ini dan semoga berjaya menjumpai kereta tersebut secepat mungkin.





         ________________________





No comments: