16 March 2016

GARA-GARA BERTUNANG - BAKAL ISTERI ALIFF AZIZ KENA 'PULAU'



"Sebelum saya mengikat tali pertunangan hubungan saya dengan kawan-kawan memang baik tetapi mereka berubah secara tiba-tiba tanpa saya tahu puncanya," demikian luah tunang kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astilla yang kesal apabila dipulau beberapa teman baiknya selepas dia bertunang.

Dakwanya, dia memang tidak mengetahui punca sebenar mereka berbuat demikian namun mengakui cukup terkilan. Malah hubungan mereka sebelum ini amat rapat bagaikan adik-beradik layaknya.





"Saya tertanya-tanya juga kenapa berbuat demikian, adakah kerana tidak menyukai Aliff atau ada perkara lain menggangu mereka.

"Memang sedih kerana hubungan kami rapat seperti adik-beradik," ujar Bella dipetik sebagai berkata.



Sementara itu, tunangnya penyanyi Aliff tidak mahu Bella terlalu memikirkan soal berkenaan. Katanya sebagai manusia biasa mereka tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan ia jelas mencerminkan siapa diri kita jika mereka berniat baik atau sebaliknya.

"Saya tidak pernah percaya bahawa lelaki boleh berkawan baik dengan perempuan dan sekiranya mereka tidak boleh menerima hakikat saya dan Bella bakal berkahwin kami tidak dapat lakukan apa-apa.



"Paling penting sekarang kami fokus kepada perancangan untuk perkahwinan kami nanti," tambahnya kepada Mstar.

Untuk info, Aliff dan Bella bakal melangsungkan perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Julai depan.



         ________________________





No comments: