03 March 2016

JIKA ADA JODOH - NEELOFA IMPI JEJAKA MATANG, BUKAN YANG BELIA



Pengalaman pernah bercinta dengan lelaki yang tua 20 tahun daripadanya membuat Neelofa yakin bahawa lelaki matang mempunyai keperibadian yang tinggi.

Oleh yang demikian, bekas pemenang Dewi Remaja, pelakon serta jutawan ini tidak mahu tangkap muat sahaja dalam memilih teman hidup. Kalau boleh, dia mahu seorang jejaka yang matang dan mampu membimbingnya.





"Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.

"Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami.

"Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya," ujarnya.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai ciri-ciri jejaka matang yang diidamkan oleh Neelofa? Jika ya... jom la try. Heh.




Sumber: Utusan Online



         ________________________





No comments: