28 March 2016

PERNIKAHAN ADIRA & DATO RED SAH IKUT HUKUM SYARAK - MAHKAMAH



Pernikahan penyanyi Adira Suhaimi dengan Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu secara poligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu adalah mengikut hukum syarak apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan mereka hari ini.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membuat keputusan itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.





Pada masa yang sama, mahkamah memerintahkan pasangan itu mendaftar pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Terdahulu, pada 8 Januari lalu, Adira dan Dato Red yang diwakili peguam syarie Irsamuddin Ikhsan memfailkan permohonan pengesahan nikah secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: