"Sebelum ini, Poe telah disahkan menghidapi paru-paru berair dan jantungnya bengkak. Tetapi, dia masih boleh bergerak dan bercakap sehinggalah Sabtu lalu, dia tiba-tiba diserang angin ahmar.
"Sekarang, dia masih boleh bergerak secara perlahan dan duduk namun tidak boleh bercakap. Doktor memaklumkan, otak sebelah kiri dan bahagian depannya yang diserang angin ahmar hingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap," ujar isteri penyanyi 80-an, Poe iaitu Nor Aisyah Zakaria, 50, dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, Poe atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Ahmad (gambar), 60, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tampin selepas diserang angin ahmar dan kemudian telah dipindahkan ke PPUKM selepas menerima nasihat daripada doktor sejak Sabtu lalu disebabkan penyakit itu.
Tambah Nor, suaminya tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit tersebut sebelum penyanyi itu tiba-tiba diserang angin ahmar.
"Saya memohon agar semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan suami saya supaya dapat kembali aktif dan sembuh seperti sedia kala.
“Poe boleh berjalan secara perlahan-lahan tetapi perlu dibantu dan dipapah. Takut jatuh dan boleh mengakibatkan keadaannya bertambah teruk.
“Dia hanya boleh minum susu, itu pun melalui tiub. Keadaannya agak stabil," tambahnya.
Untuk info, Poe ketika zaman popularnya terkenal dengan lagu Ala Lala Tuk (Jangan Saman) dan beberapa lagu lain yang bernada reggae mengusik pemimpin.
VIDEO MUZIK POE - 'SAMAN'
www.myartis.com == Sumber: Utusan
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment