"Seronok melihat keletah mereka yang tak sabar nak jumpa adik baru dan kerap bertanya bila baby nak keluar.
"Sewaktu beritahu Adam mengenai berita tersebut, responnya sangat baik dan saya terkejut bila suami tidak ada dirumah, dialah yang menjaga saya.
"Kalau dia lihat saya tak selesa dia akan tolong sapu minyak angin dan pastikan saya berada dalam keadaan baik.
"Kadang-kadang rasa lucu bila mereka berdua tak percaya dan mula bertanya betul ke dalam perut ni ada baby.
"Bila saya kata ya dan bertanya kenapa, mereka jawab sebab perut kecil tak nampak adik," kata penyanyi Misha Omar yang berkongsi kisah lucu dua orang anak angkatnya Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4 yang begitu teruja untuk bertemu adik baru mereka.
Bagaimanapun, setakat ini Misha memberitahu dia tidak mengalami sebarang alahan.
"Syukur, setakat ini saya masih sihat dan mampu melakukan kerja dengan cergas seperti biasa, tidak pula meragam atau mengidam yang bukan-bukan.
"Cuma rasanya alahan pembawakan budak itu telah berjangkit pada suami kerana saya perasan sejak kebelakangan ini dia cepat sentap dengan perkara kecil dan selera makannya juga bertambah,” tambah Misha dipetik sebagai berkata.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, dia rasa lega selepas berkongsi berita gembira itu bersama peminat. Malah dia juga bersyukur apabila ramai peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiannya.
"Ini merupakan hadiah istimewa buat kami sekeluarga dan apa yang saya mahu tekankan ialah kandungan ini merupakan anak ketiga dan kehamilan pertama saya.
"Walaupun Adam dan Lateefa bakal menerima adik baru namun kasih sayang saya pada mereka tetap sama," jelasnya kepada Astro Gempak pada sidang media Minggu Setiausaha bersama Datuk Jamal Abdillah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, kelmarin.
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment