10 March 2016

SAMBUT BIRTHDAY DI MEKAH - CHE TA KINI BERUSIA 43 TAHUN



Meskipun usianya yang sudah mencecah 43 tahun, namun Rozita Che Wan masih kelihatan anggun... dan semalam dia sempat menyambut hari lahirnya di Tanah Suci Makkah bersama anak-anak.

Bagaimanapun, tiada sambutan besar-besaran kali ini.

Tanpa suami di sisi, hanya anak-anak yang memberi hadiah berupa beg, pen berjenama, jam tangan dan set barang kemas.





Sementara suaminya Zain Saidin pula, telah memuat naik tiga gambar berserta beberapa ucapan tahniah. Antara ucapan itu berbunyi: "Happy birthday my love I pray you have everlasting happiness forever till Jannah".

"Tiada sambutan apa pun pada kali ini. Dua anak bujang saya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra, hanya memberikan hadiah. Ammar menghadiahkan saya seutas jam tangan, manakala Aniq pula beri set barang kemas," kata Che Ta menerusi aplikasi WhatsApp pada media.

Untuk info, Che Ta dijangka kembali ke tanah air pada lusa.


HADIAH DARIPADA ANIQ EZRA



HADIAH DARIPADA AMMAR EFFENDY
 





Foto: Che Ta & Zain IG


         ________________________





No comments: