29 March 2016

TAYANG 'LELAKI' DI IG - FIZA ELITE NAFI KEKASIH, TAPI ADIK



Orang lawa memang cepat dapat pengganti, demikian komen beberapa pengunjung laman sosial mengenai Fiza Elite yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pilot.

Malah di Instagram milik Fiza, penyanyi dan pelakon itu telah meletakkan gambar seorang lelaki yang diambil secara sipi-sipi sahaja. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi hangat yang mendakwa ia kekasih Fiza.





" You mean everything to me.

" Thank you sayang for this surprise moment.... i really appreciate for what you've done for me... By da way u so sweet," ujar Fiza ketika bergambar dan mendapat kad ucapan daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun apabila penerbit drama terkenal, Haji Zil bertanya pada Fiza adakah itu kekasih Fiza? Balas Fiza secara spontan, lelaki itu adalah adiknya.

Waahhh... adik Fiza seorang pilot ya, untungnya. Heh!








Foto: Fiza IG


         ________________________





No comments: