Semalam telah berlangsungnya majlis aqiqah, doa selamat serta sambutan hari lahir anak Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Muhammad Dikhriz Hakim yang pertama. Untuk pengetahuan semua, majlis tersebut diadakan sehari dari tarikh sebenar iaitu 8 April.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.
"Alhamdulillah syukur hari ni genap 1 tahun (8 April) umur Muhammad Dikhriz Hakim. Rasa macam baru je semalam momen dia keluar dari perut mummy dia. Sekejap je masa berlalu. Semoga Allah S.W.T dan para malaikat terus melindungi cahaya mata harta dunia akhiratku ini & disucikan hatinya untuk menerima segala ilmu agamaMu Ya Allah... Aamiin YRA," ujar Norman di laman IGnya.
Selamat hari lahir sayang papa mummy. Tahun pertama untuk Arisz.. Subhanallah tak terasa pun.. Cepatnya masa berlalu.. Setahun yang indah.. Anak sekecilmu membawa sebegitu besar peranan.. Kasih sayang & kebahgiaan yang tak ternilai.. Tq anak.. Doa Papa mummy akan sentiasa mengiringimu, semoga terus membesar jadi anak yang baik, bijak, sihat, soleh, berjaya dunia akhirat, disayangi.. semoga segala-gala yang baik untuk mu anak.. Mudah-mudahan.. Amin...," ucap Memey buat putera keduanya itu.
"Wahai anakku... Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia... Peringatan bersama untuk papa & mummy jua..." pesanan Norman dan Memey buat anak mereka.
Sanah helwah Arisz! Semoga jadi anak yang baik, soleh untuk mummy papa dan berjaya dunia akhirat.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment