09 April 2016

6 GAMBAR - SEKITAR MALAM MEDIA ANJURAN JAMU MAK DARA



Malam Media yang dianjurkan oleh Syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd bagi meraikan hari ulangtahun Jamu Mak Dara yang ke 10, semalam berlangsung meriah. Kira-kira seratus wartawan diraikan pada malam itu bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Apa yang menarik, majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) yang bertemakan ‘Bollywood, Black And Gold’ itu turut diadakan cabutan bertuah, pertandingan karaoke serta persembahan artis evergreen Jaafar Onn dan Rohana Jalil.





"Tanpa bantuan dan kerjasama pihak media, saya yakin usaha ini akan menjadi sukar. Berkat kesabaran yang tinggi serta bantuan dan sokongan padu dari rakan media kini kami mampu meniti kejayaan," ujar Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali atau lebih dikenali sebagai Habib.

Dan kemuncak pada malam itu ialah cabutan bertuah hadiah utama yang merupakan sebuah kereta Perodua Axia berharga RM36,000 yang dimenangi oleh wartawan RTM.

Tahniah diucapkan buat Jamu Mak dara!












MORE PHOTOS


         ________________________





No comments: