22 April 2016

DAH MENANG RM260,000 - NAMUN WAK MUSTAR MASIH 'BERTUKANG'



Punya banyak duit (RM260,000) tetapi masih mahu jadi tukang kayu. Begitulah halnya dengan Wak Mustar yang berwajah selamba dan selalu lupa lirik bila muncul wanita cantik ketika sedang menyanyi.

Sehubungan itu, ramai yang berpandangan dia tidak sepatutnya melakukan kerja tukang kayu lagi kerana sudah kaya. Tambah-tambah Wak Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, kini merupakan seorang penyanyi popular selepas menang Kilauan Emas musim ke-5 dan terkini Kilauan Emas Otai.

Untuk info, Wak Mustar, sebelum ini masih tetap melakukan kerja bertukang meskipun sudah mampu hidup mewah.





"Selepas beberapa bulan menjuarai program Kilauan Emas 5, saya kembali kepada pekerjaan lama tetapi ramai menasihati saya agar tidak lagi bertukang kerana saya kini seorang penyanyi.

"Namun saya tetap melakukan kerja-kerja pertukangan jika ada yang minta. Bagaimanapun, kini saya mungkin akan lebih fokus kepada karier nyanyian," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Wak Mustar berkata dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tertentu untuk menggunakan wang kemenangan yang diterimanya.



Selain menyimpan, dia bercadang untuk mengerjakan umrah dan haji bersama keluarganya.

"Setakat ini tidak tahu hendak buat apa dengan duit itu tetapi yang pasti saya akan simpan dan gunakan untuk perkara-perkara baik," jelasnya yang semakin sibuk apabila sering menerima undangan nyanyian.

"Alhamdulillah itu rezeki yang datang tidak putus-putus dan paling penting saya dapat menyanyi kerana itu memang minat saya," tambahnya.

Pada konsert akhir Kilauan Emas Otai yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB malam Rabu lalu, Wak Mustar menepati ramalan apabila muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: