22 April 2016

LEPAS STROK, ZULKIFLI ZAIN ALAMI SERANGAN JANTUNG



"Pada mulanya beliau (Zulkifli Zain) batuk-batuk. Selepas doktor periksa, suhu badannya turun secara mendadak dan doktor terus meminta kami membawanya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dengan segera.

"Selepas dimasukkan ke HKL, doktor sahkan suami saya diserang sakit jantung," ujar Datin Normala Omar, 58, isteri kepada kepada pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, yang popular dengan filem 'Sayang Anakku Sayang' pada 1981.





Untuk info, Zulkifli kini dalam keadaan stabil selepas diserang penyakit jantung Isnin lepas. Selain jantung, pelakon itu juga pernah diserang strok ahmar dan lumpuh separuh badan pada Januari lepas dan kini sedang berehat selepas menjalani sesi fisioterapi.

Terdahulu, Normala berkata doktor memberitahu bahawa Zulkifli, 70, boleh pulang tidak lama lagi.

"Selepas ini, kami akan tinggal di rumah anak sulung kami, Norzizi (she) di Shah Alam," tambahnya kepada Bernama.






         ________________________





No comments: