21 April 2016

MILIKI DADAH - TONY EUSOFF DIPENJARA 8 BULAN OLEH MAHKAMAH SINGAPURA



Pelakon kelahiran Sarawak, Tony Eussoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Singapura kerana memiliki dadah.

Artikel terdahulu:

Terdahulu pada 31 Mac lalu, Tony dihadapkan ke mahkamah dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.





Laporan sebelum ini menyebut Tony dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Penerbit filem, Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin turut hadir di mahkamah bagi memberi sokongan kepada Tony.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: