21 April 2016

DETIK BERGELAR IBU BAPA - PUTERI SARAH & SUAMI SABAR MENANTI



Sejak mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Sarah, dia dan suami yang hampir setiap masa diajukan dengan soalan mengenai anak akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa.

Dalam pada itu, kata Sarah, dia pada masa yang sama bersyukur kerana keluarganya dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuknya mendapatkan anak.





"Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

"Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai gambar-gambar yang dimuat naik olehnya dan suami yang membuatkan ramai yang memuji bahawa pasangan ini kelihatan manis bersama dan cukup bahagia.



Sarah yang dua tahun mendirikan rumahtangga bersama Syamsul mengakui bahawa mereka melalui hari-hari yang cukup indah sama seperti mereka mula-mula bercinta dahulu.

"Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin.

"Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.



"Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

"Selain itu, setiap tarikh penting 'dalam hidup kami perlu diraikan'. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya," jelasnya.

InshaAllah, pasti ada peluang buat Sarah dan Syamsul dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. Pedulikan apa sahaja kritikan orang.



         ________________________





No comments: