05 April 2016

HAMIL DI USIA LEWAT - SHARIFAH SHAHIRA RASA BIMBANG



Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira mengesahkan dirinya kembali hamil setelah hampir tujuh tahun di usianya yang kini sudah menjangkau 42 tahun. Kata Sheira, berita kehamilan ini diketahui sejurus selepas pulang dari mengerjakan umrah pada hujung Februari lalu.

"Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu.

"Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga," ujar Sheira di petik sebagai berkata.





Difahamkan, usia kandungan Sheira yang sedang hamil anak keenam itu sebenarnya sudah berusia hampir dua bulan.

Terdahulu berita kehamilan Shirah menjadi bualan peminat di laman Instagram miliknya selepas kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah ini memuatnaik sekeping gambar beserta kapsyen 'Perutttttt..... ...baru 2 bulan kot '.

Namun begitu, pada masa yang sama, Sheira turut bimbang kerana hamil pada usianya yang sudah mencecah 40-an.



Selepas mendapat nasihat doktor Sheira kini perlu berhati-hati dan mengurangkan aktiviti lasak.

"Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian.

"Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah," katanya.



Ditanya mengenai jantina anak, Shirah dan suami berharap mereka dikurniakan anak lelaki.

Untuk makluman, Sheira yang berkahwin dengan Ijoy itu dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Sheira mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).


Sumber: HM


         ________________________





No comments: