06 April 2016

LEPAS 'BERSARA' DARI SINAR FM - KAK ENGKU KINI JUAL BURGER



"Happy Anniversary 50, Ceritera cinta, tarikh keramat 3 april 1966 hari ni adalah ulang tahun perkahwinan yg ke50. Alhamdulillah semoga Allah pelihara kesihatan ayahnda dan bonda dilindungi dan dirahmati kekal bahagia hingga ke jannah amin," ujar Kak Engku yang sempat menyambut ulang tahun perkahwinan ayah dan ibunya baru-baru ini.

Malah yang lebih menarik, setelah ‘bersara’ dari dunia penyampaian radio, Kak Engku atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, kini dilihat giat mengendalikan restoran francais Burgerbyte di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.





"Memang sudah lama hajat tersebut terpaksa ditunda disebabkan kerjaya saya sebagai penyampai.

"Menariknya di restoran itu nanti, selain menu sedia ada, akan ada juga menu masakan saya sendiri yang tidak ada di cawangan Burgerbyte di tempat lain," ujardipetik sebagai berkata.

Untuk info, Burgerbyte merupakan sebuah restoran tempatan yang telah berjaya membuka cawangan di beberapa tempat di seluruh Malaysia antaranya Senawang, Damansara Perdana, Sentul dan banyak lagi.



Bagaimanapun, kata Kak Engku, bukan senang untuk dia melupakan kerjaya di Sinar FM, kerana selama 10 tahun bersama, banyak pahit manis yang dia telah lalui bersama.

"Sebelum ini, kerjaya di stesen radio tersebut merupakan segala-galanya. Saya beri apa yang saya ada untuk membangunkan stesen radio tersebut.

"Boleh saya katakan, saya hidup untuk menghiburkan pendengar yang setiap pagi setia mendengar celoteh kami bertiga. Apabila tidak lagi bersama, memang sukar untuk saya terima kenyataan. Semua akan kembali normal, mungkin untuk saya ia belum sembuh lagi,” tambahnya seolah masih digamit kenangn lama.





         ________________________





No comments: