06 April 2016

SYANIE KINI KEMBALI MENJANDA?



Baru-baru ini, pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 42, dikatakan telah bercerai secara taklik dengan suaminya, Nadi Putera Mohd Zainal, 29, pada awal tahun ini.

Namun ketika ditanya mengenai khabar angin ini, Syanie enggan mengulas sebaliknya berkata beliau akan berkongsi juga cerita sebenar apabila tiba masanya nanti.





"Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

"Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya," ujar Syanie dipetik sebagai berkata.



Untuk rekod, bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu berkahwin dengan lelaki terbabit pada 1 Mac 2014 di Langkawi selepas 12 tahun hidup menjanda.

Sebelum itu, Syanie mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.




Sumber: BH



         ________________________





No comments: