02 April 2016

PAKEJ UMRAH - NUBHAN AF6 & FIRMAN AF2014 KENA TIPU, ALAMI KERUGIAN BESAR



"Saya memang marah, bengang dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan. Tergamak mereka menipu kami yang nak pergi menunaikan umrah," demikian kata Nubhan AF6, 30, apabila dia dan Firman AF2014, 27, terpaksa melupakan hasrat menunaikan umrah apabila ditipu syarikat pelancongan menyebabkan mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam semalam.

Menurut Nubhan, perkara tersebut telah membuatnya kerugian lebih RM50,000 membabitkan 12 anggota keluarga lain.

"Selepas ini saya berharap pihak berwajib boleh menjalankan siasatan lebih lanjut agar tidak ada lagi mangsa terkena," ujarnya dipetik sebagai berkata.





"Tidak sangka apabila kami tiba di kaunter pendaftran nama kami tidak ada dalam senarai. Agak terkejut juga kerana semua perkara sudah selesai beberapa minggu lalu.

Nubhan menerusi laman Instagramnya memaklumkan bahawa individu yang terlibat dalam penipuan melalui syarikat pelancongan yang bertanggungjawab telah pun diberkas oleh pihak polis.

Sementara itu, Firman berkata, dia bersama 55 yang lain termasuk ibu bapa dan adiknya dijadual berangkat ke Makkah dengan penerbangan jam 8.45 malam semalam.



"Selepas medapat maklumat daripada pihak berkaitan, ternyata kami ditipu. Saya, Nubhan dan yang lain terus membuat laporan polis di balai polis KLIA," jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Firman telah mengalami kerugian hampir RM20,000.

Lebih mengecewakan Firman apabila hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah tidak kesampaian kerana itu adalah janjinya selepas memenangi program realiti itu.


Sumber: HM



         ________________________





No comments: