12 April 2016

PUNYA ANAK LIMA - WILMA MUHAMMAD BAKAL BUAT 'COMEBACK'



Setelah sekian lama menghilang diri gara-gara menguruskan anak bongsunya yang belum lagi bersekolah, terkini Wilma Muhammad akhirnya memiliki sedikit kebebasan untuk buat 'comeback' dalam dunia lakonan.

"Dulu anak kecil lagi jadi kasihan nak tinggalkan dia. Jadi apabila semua sudah bersekolah, teringin pula nak bikin 'comeback' dan berlakon semula.





"Alhamdulilah suami pun memberi sokongan seratus peratus apa yang saya mahu buat. Dia tidak ada masalah," ujar Wilma.

Dia bagaimanapun tidak akan menolak watak apa sahaja yang diberikan meskipun sebagai orang gaji sekalipun.

"Ada juga yang tawarkan saya bawa watak orang gaji, jika tak salah dalam bulan Mei ini saya akan masuk set. Namun perbincangan lanjut masih berjalan. Harapnya pendengaran saya salah, tapi jika watak orang gaji pun saya terima sahaja.



"Saya tak kisah watak apa pun sebab ada juga sebelum ini yang berikan saya watak seorang ibu. Saya pun dah masuk umur 40-an. Cuma jika boleh, jika ada watak yang memerlukan saya berpegangan tu tidaklah sampai menghairahkan dan bertempat.

"Lagipun sekarang ini, ramai saya tengok pelakon-pelakon baru yang bertudung dan masih diterima berlakon," tambahnya terus-terang.

Untuk makluman, Wilma kini berusia 43 tahun dan mempunyai lima orang anak yang berusia antara 14 hingga 7 tahun.








Sumber: Media Hiburan - Foto: Wilma IG


         ________________________





No comments: