05 April 2016

SELAMAT DIBEDAH - NAZ JJCM AKHIRNYA BEBAS 'TUMOR'



Akhirnya pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), Nazrudin Rahman atau Naz yang berahsia selama setahun mengenai penyakit tumornya, mengakui dia kini sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Untuk info, penyakit tumor (Gastro Stomata Intestinal Tumor) yang dikesan di bahagian perutnya pada Oktober 2014 itu telah selamat dibuang pada 2015.





Dia hanya mendapat tahu ada tumor di bahagian perutnya itu ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sungai Buloh.

"Saya berasa dunia menjadi gelap seketika apabila doktor memberitahu ada tumor di bahagian perut ketika itu.

"Saya juga mengambil sedikit masa untuk bersetuju menjalani pembedahan kerana macam-macam yang di fikirkan ketika itu terutama tiga anak yang masih kecil.

“Namun, isteri yang banyak memberi semangat dan kekuatan untuk berdepan semua itu sehinggalah menjalani pembedahan membuang tumor di hospital pada April 2015," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.






Foto: Naz IG


         ________________________





No comments: