28 April 2016

SUDAH HENTI MEROKOK - RAJA AZMI TEPATI JANJI PADA SUAMI



"Sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad," demikian kata Penerbit Raja Azmi yang berkorban tabiat merokoknya demi suami tersayang.

Ikhlasnya, memang bukan mudah untuk membuang tabiat itu. Namun dengan tekad dan azam yang kuat, dia berjaya menyekat ketagihannya itu.





"Saya ingin berubah dengan rela hati.

"Ini janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie. Itu yang menguatkan semangat. Sebagai seorang yang berpegang pada janji, saya tekad untuk melakukan itu, biarpun ramai yang cakap susah tetapi saya berjaya.

"Eddie gembira tapi dia belum berhenti cuma mengurangkan merokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia boleh berhenti," tambahnya pada Utusan.





         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...