24 April 2016

TAKZIAH - ABBY ABADI 'TUMPAH DARAH' DI MADINAH



Belum ada rezeki!

Demikian halnya dengan Abby Abadi yang mengalami keguguran ketika beliau menjalani ibadah umrah bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria (Jai Ezzany) dan keluarga mentuanya.

Bagaimanapun Abby redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.





Menurut Abby, dia mengalami tumpah darah ketika pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah.

"Bersambung dari gambar sebelum ini. Allah SWT lebih tahu yang terbaik untuk kita. Saya redha atas apa yang berlaku

"Mohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka-teki tentang kandungan saya. Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu. Maklumkan pada sahabat rapat dan keluarga Umaima je.



"Tapi terjadi juga. InshaAllah saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Terima Kasih Allah untuk pengalaman ini," ujarnya di laman IGnya.

Melalui gambar yang dimuatnaik Abby di laman Instagramnya, rata-rata peminatnya dilihat meninggalkan kata-kata semangat dan ucapan positif di ruangan komen.

Takziah kami ucapkan kepada Abby Abadi dan suami. Semoga sabar dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.









         ________________________





No comments: