24 April 2016

DIROMPAK KALI KE-3 - AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA RUGI RM200K



Kali ketiga dirompak!

Itulah yang menimpa Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang sekali lagi dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Zaquan menerusi akaun Instagramnya.





"Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap.

"Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur.



"Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri," ujar Zaquan dipetik sebagai berkata.

Kediaman mereka yang dipecah masuk oleh tiga lelaki pada jam 1 tengah hari itu telah menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM200,000.

"Kejadian ini merupakan kali ketiga telah menimpa keluarga kami dan merupakan kejadian paling buruk yang pernah dialami oleh kami," jelasnya.




Sumber: HM
Foto: Zaquan Adha IG


         ________________________





No comments: