Sejak kebelakangan ini, Uqasha Senrose sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, termasuk baru-baru ini mengenai perselisihan faham diantara beliau dan pelakon, Hafidz Roshdi dan juga menerima kritikan keatas cara pemakaiannya yang dianggap tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung sehingga membuatkan ramai membencinya.
Disebabkan itu, adiknya, Nelydia Senrose tampil meminta orang ramai menghentikan melemparkan tuduhan jahat terhadap kakaknya.
Menurut Nelydia, segala tuduhan itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan, malah dirinya juga turut terkesan dengan perkara itu.
"Saya tahu ada orang keliling yang sering membandingkan saya dengan Uqasha. Mereka mengatakan dia tidak baik dan saya sebaliknya. Terus terang, saya tidak gembira walaupun perkara baik dikaitkan dengan diri saya. Yang mereka katakan itu kakak saya.
"Buruk baiknya tentu saya akan rasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya tidak suka kakak saya jadi jadi perhatian untuk benda negatif. Sebagai adik, saya tahu situasi sebenar yang berlaku.
"Pihak luar tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku dan lebih cenderung menjatuhkan hukuman dari pemerhatian di media sosial.
"Dengan membuat perbandingan diantara saya dan kakak saya tidak sedikit pun membuatkan saya berasa dihargai," ujarnya dipetik sebagai berkata.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment