07 April 2016

TERUK DIKRITIK - SARAH 'CLEVER GIRL' PASRAH, TERIMA TEGURAN



"Saya tidak boleh menghalang orang ramai untuk berkata perkara negatif mengenai program ini. Namun, sebagai peserta kami mengalami tekanan apabila ada yang tidak dapat membiasakan diri berdepan dengan program yang disiarkan secara langsung.

"Saya yakin semua peserta gementar sehingga ada yang hilang fokus dan tersalah menjawab soalan walaupun soalan yang diberikan kadang-kadang mudah," begitulah kata peserta program realiti Clever Girl Malaysia, Sarah Adibah Mohammed Yussof apabila dihentam sebagai tidak 'clever' sebagaimana yang diharapkan.





Menurut peserta yang berasal dari Sabah itu, dia terbuka dengan tindakan segelintir pihak yang menghentam program berkenaan sebagai tidak ilmiah di media sosial. Malah dia juga menerima kritikan itu sebagai satu perkara yang membina untuk dia dan peserta lain memperbaiki diri pada masa akan datang.

Untuk makluman, Clever Girl Malaysia yang ditayangkan sejak lima minggu lalu di TV3 dikecam teruk termasuk 14 peserta yang didakwa tidak memiliki tahap IQ tinggi apabila gagal menjawab soalan-soalan mudah.

Bahkan judulnya iaitu ‘clever’ dikatakan tidak kena dengan kebanyakkan pesertanya kurang ilmu pengetahuan.



"Saya tetap yakin program berkenaan akan menjadi program yang membanggakan satu hari nanti," tambah Sarah yang merupakan antara peserta paling menyerlah setakat ini.

Sarah merupakan pemenang mingguan selama tiga minggu berturut-turut dan telah menerima RM1,000 dan satu imuniti bagi melayakkannya kekal biarpun gagal menjawab soalan.


Sumber: Harian Metro - Foto HM & NST



         ________________________





No comments: