03 May 2016

70 PERATUS SIAP - '14 MEI' BUAT HAFIZ SUIP TERTEKAN



"Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ia perkara biasa dilalui bakal suami seperti saya.

"Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apapun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-ALLAH," ujar Hafiz Suip yang bakal bergelar suami pada 14 Mei ini.





Untuk makluman, persiapan majlis perkahwinannya itu sudah pun siap hampir 70 peratus. Malah pendakap gigi (braces) yang dipakainya sejak sekian lama juga sudah ditanggalkan secara rasmi beberapa hari lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai perancangannya mahu mengadakan majlis di ibu kota, katanya buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kata putus mengenainya.

"Memang ada keinginan ke arah itu, tetapi saya tidak dapat mengesahkan perkara yang belum pasti," jelasnya yang bertunang dengan Nureffy Jesreel Abdullah pada Februari tahun lalu.




Sumber: SH - Foto Hafiz IG


         ________________________





No comments: