03 May 2016

TAK 'DAMAI' DENGAN MADU PUNCA SHARIFAH KHASIF BERCERAI



"Kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya," ujar Datuk Seri Mohammad Rizal Othman, 44, bekas suami kepada Johan qariah tilawah al-Quran 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34.

Tambahnya, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendamaikan hubungan dengan isteri pertama namun menemui jalan buntu. Oleh yang demikian, talak terpaksa dilafazkan.





Mohammad Rizal dan Sharifah Khasif bercerai pada 20 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

"Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

"Saya berkahwin dengan dia secara baik begitu juga pada saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada sebuah portal berita.

Bagaimanapun, Sharifah Khasif masih belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi.

Untuk rekod, Sharifah Khasif dan Mohammad Rizal sebelum ini berkahwin pada 7 September 2012 di Kelab Golf Ipoh, Perak. Beliau bermadu dengan isteri pertama Mohammad Rizal iaitu Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof .





Sumber: mynewshub


         ________________________





No comments: