09 May 2016

ABPBH 2015 - NEELOFA RANGKUL ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR



Malam bertuah buat Neelofa!

Pelakon dan pengacara itu akhirnya muncul sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2015 dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam semalam.

Kemenangan tersebut sekaligus meranapkan harapan Shaheizy Sam untuk mengulangi pencapaiannya serta meruntuhkan dominasi artis lelaki yang mengungguli kategori itu selama lima tahun berturut-turut, selepas kali terakhir dimenangi artis wanita pada ABPBH 2009 menerusi kejayaan Datuk Siti Nurhaliza.





Neelofa, 27, yang mendapat undian sebanyak 212,829 itu telah melayakkannya membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Volkswagen Passat bernilai RM173,888 tajaan Volkswagen Group Malaysia

Dalam pada itu, Neelofa turut mengukuhkan posisinya dalam bidang pengacaraan apabila mengungguli kategori Pengacara TV Popular.

Majlis gilang-gemilang yang diacarakan oleh Mira Filzah, Zizan Razak, AG (Kool FM), telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.


BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH ABPBH 29:-

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2015: Neelofa

Artis Baru Wanita Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Penyanyi Lelaki Popular: Aizat Amdan
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings
Artis Versatil Popular: Ifa Raziah
Artis Komedi Popular: Abam
Pengacara TV Popular: Neelofa
Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff
Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Dato’ Ahmad Daud


KATEGORI ONLINE

Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana
Artis Trending Popular: Ayda Jebat
Artis Youtube Popular: Siti Nordiana
Artis Ikon #Respek Popular: Datuk Aznil Nawawi
Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan


Sumber: BH


         ________________________





No comments: