26 May 2016

DATUK VIDA BAKAL 'BERHABIS' MEREBUT NOMBOR PLAT 'F 1'



Selepas hasratnya untuk membeli Rayani Air terkubur disebabkan pelbagai masalah, terkini Datuk Vida masuk pula ke dalam permainan baharu iaitu mahu membida nombor plat 'F 1'.

Nombor plat Putrajaya super eksklusif itu akan mula dibuka untuk bidaan minggu depan, dan ahli perniagaan itu memberitahu theSun, bahawa dia sudah bersedia untuk memberikan 'angka yang sangat menarik' untuk membeli plat pendaftaran itu.





"Kebetulan, saya kini bersaing untuk kereta Ferrari... dan apa lagi yang sesuai dengan kereta itu melainkan nombor plat 'F1'," katanya dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya jumlah yang mampu dibidanya, kata datuk Vida "sudah tentu saya tidak boleh mendedahkan kepada anda kerana saya tidak mahu pesaing saya tahu. Tetapi saya sudah mempunyai nombor kegemaran saya."

Untuk info, Datuk Vida kini mempunyai beberapa kenderaan mewah seperti Bugatti dan Lamborghini Aventador.







"Saya sentiasa mahu menjadi yang pertama dalam semua hal, itu sebabnya saya teruja tentang perkara ini," jelasnya lagi.

Bagaimanapun, jika dia gagal untuk merebut plat 'F 1', dia berkata dia akan bertukar tawaran untuk nombor lain iaitu 'V 1' (nombor pendaftaran Kuala Lumpur).

Sebagai makluman, bidaan tertinggi nombor pendaftaran dalam sejarah JPJ adalah berjumlah RM748,000, yang telah dibuat oleh Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  untuk plat nombor 'W 1 N' pada 2014.

Persoalannya kini, mampukah Datuk Vida menewaskan jumlah tersebut?


Sumber: theSun - Foto Datuk Vida IG



         ________________________





No comments: