16 May 2016

GEMPAK SUPERSTAR - ELIZAD MUNCUL JUARA, BOLOT RM100,000



Meskipun ada yang mendakwa peserta Gempak Superstar tidak berbakat dalam nyanyian hingga ada yang teruk dikritik oleh jurinya, Ogy Datuk Ahmad Daud, namun rancangan tersebut tiba kekemuncaknya malam semalam.

Pelakon Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifudin, 32, muncul sebagai juara dan membolot hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.





Sementara naib juara pula jatuh kepada Sherry Ibrahim yang menerima wang tunai berjumlah RM25,000 serta trofi.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Arja Lee manakala tempat keempat dirangkul oleh Soffi Jikan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.



Nazim Othman pula terpaksa berpuas hati apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Raqim Ahmad.

Untuk info, Gempak Superstar diadakan di Pinewood, Johor Baharu dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135)..




Sumber: AG - Foto Elizad IG


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...