31 May 2016

HAK JAGA ANAK - ELLY MAZLEIN BAKAL TUNTUT DI MAHKAMAH



"Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak," ujar Elly Mazlein yang bakal memfailkan hak penjagaan anaknya Putri Sara Sefhia, di mahkamah.

Menurut Elly, dia tidak mahu ada perkara yang tidak diingini berlaku ataupun sebarang perkara berbangkit dikemudian hari. Dia hanya mahukan yang terbaik bagi diri dan anaknya untuk masa depan.





"Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya," tambah Elly bila ditanya mengenai pendapatannya sekarang.

Mengenai persepektif negatif orang ramai tentang pengasuh, ini jawab Elly: "Sebenarnya saya percaya dengan nurse saya dan mereka pun sayagkan anak saya. Tak perlulah saya fikirkan hal-hal negatif ini, jangan disebabkan cerita negatif kita cepat menjatuhkan hukum.





"Jadi saya positif dengan keputusan ini, saya juga dah pesan dengan nurse, anak yang saya ada merupakan nyawa saya, lagipun anak selesa dengan nurse.

"Saya tidaklah melepaskan tanggungjawab menjaga anak dengan nurse, mandi makan menyusu saya yang akan buat, cuma mereka akan jaga sewaktu saya bekerja sahaja. Sebagai ibu sudah tentunya saya tidak mahu melepaskan setiap momen anak membesar," katanya lagi.




Sumber: Mediahiburan - Foto: Elly IG



         ________________________





No comments: