31 May 2016

NAMA 'KELENTIT RINDU' BUKAN MENCARUT - AHYA ROSLI



Ramai pengguna laman sosial sebelum ini keliru dengan nama 'Kelentit Rindu' yang digunakan oleh anak pelakon Normah Damanhuri, iaitu Ahya Rosli. Tanggapan mereka pastinya nama tersebut menjurus ke arah mencarut atau lucah.

Malah mereka juga hairan kenapa Ahya mahu menggunakan nama 'Kelentit' sedangkan banyak lagi nama baik-baik yang boleh dipaparkan.

Mungkin kerana panas telinga, akhirnya Ahya menjelaskan bahawa kedai shisha miliknya yang diberi nama 'Kelentit Rindu' diambil sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis cendawan 'Kelentit Kering' atau saintifiknya 'Microparus Xanthopus'.





Dakwanya, dia mengambil nama tersebut selepas mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.

"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada 10 tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.





"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, kedai shisha milik Ahya itu beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur.

"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," tambahnya.

"Man for sale .. age 21 to 30.. non smokers... ability massage" Ahya Rosli IG



"Hari sabtu nak gi dating. awek takde kat kl" - Ahya Rosli IG


Sumber: Mstar - Foto: Ahya IG



         ________________________





No comments: