05 May 2016

ISU HINA WAJAH ISTERI: "SAYA MAAFKAN MEREKA" - HAFIZ ROSHDI



Meskipun ada segelintir pihak yang menghina wajah isterinya Nurul Shuhada, namun pelakon Hafidz Roshdi tetap memaafkan pengikut laman sosialnya itu yang memberi komen melampau.

Semuanya bermula apabila dia memuat naik sebuah foto perkahwinan mereka yang berlangsung Sabtu lalu di Perlis di laman sosial Instagram dan dengan tidak disangka isterinya itu dihina sebagai 'tidak cantik', 'gemuk' dan sebagainya.





"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," ujarnya yang menerima perkara tersebut dengan hati terbuka.

Ekoran hinaan tersebut, beberapa rakan artis seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang turut berbalah bagi mempertahankan Hafidz dan isterinya daripada sikap biadap 'haters' itu.



"Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Kami memang buat sederhana atas permintaan keluarga dan Insya-Allah nanti di majlis belah lelaki saya akan jemput semua rakan-rakan dan media," tambah Hafidz mengenai perkahwinan mengejutnya itu.




Sumber: Mstar - Foto:  Hafidz IG


         ________________________





No comments: