17 May 2016

KONSERT KURNIA SLAM - ZAMANI BERJAYA PUKAU PENONTON



Memang sudah dijangka StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC), tempat berlangsungnya Konsert Kurnia Slam, Sabtu lalu akan penuh sesak. Dianggarkan lebih 6 ribu penonton bersesak-sesak memenuhi setiap ruang untuk menyaksikan konsert tersebut selepas Zamani dilanda kontroversi baru-baru ini.

Penonton juga seolah terpukau dengan kelunakan suara Zamani. Mereka dilihat turut sama menyanyikan rangkaian 22 buah lagu popular Slam di konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu.





Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah Sinar Menunggu, Biarkannya, Maria Mariana, Tak Mungkin Berpaling, Entah Mengapa, Kembali Merindu, Mentari Muncul Lagi, Biarkan Ia Pergi dan Ranting Impian.

Sementara melalui segment Unplugged, Zamani mempersembahkan empat buah lagu antaranya Buat Seorang Kekasih, Sendiri, Kasih dan Syair Si Pari-Pari.



Sementara penyanyi Ronnie Hussin dan Hazama telah yang dijemput sebagai penyanyi jemputan.

"Lagu 'Terasing Dalam Sepi' menjadi lagu wajib dinyanyikan ketika menyertai pertandingan karaoke sebelum bergelar artis," ujar Ronie dipetik sebagai berkata.

Apa yang menarik, ketika penutup segment, sekali lagi Slam membuat kejutan apabila menjemput komposer Saari Amri menyanyikan lagu Kembali Terjalin secara duet bersama Zamani.

Untuk info, Konsert Kurnia Slam turut disaksikan beberapa artis popular seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Saida, Lan Kristal, Hisyam Hamid, Tunku Hanis dan Black.












Sumber: Mstar


         ________________________





No comments: