16 May 2016

DIHADAPKAN KE MAHKAMAH - LYDIAWATI MENGAKU TIDAK BERSALAH



Pelakon era 90an, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan seorang wanita warga Brunei, Mac lalu ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel sekitar jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.





Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam perbicaraan itu, Lydiawati yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.

"Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.

Terdahulu, dua video yang menunjukkan Lydiawati membelasah seorang wanita di sebuah premis telah menjadi viral selepas pelakon itu memuatnaik di laman Facebook miliknya.

Lydiawati mendakwa melakukan begitu sebagai pengajaran kepada pengkid tersebut yang sering mengganggunya, dan juga untuk keselamatan keluarganya kerana pengkid itu menghantar ratusan mesej berunsur ugutan dan lucah kepadanya.


         ________________________





No comments: