20 May 2016

LEPAS ZIANA ZAIN, ZARINA ZAINUDDIN PULA DINASIHAT OLEH ANAK AGAR BERHIJAB



Jika Ziana Zain pernah dinasihatkan oleh anaknya agar berhijab dan menutup aurat, begitu jugalah dengan Zarina Zainuddin, 45, yang turut menerima nasihat yang sama dari anak-anaknya.

Menurut Zarina, anak ketiga dan keempat selalu memarahinya dan tidak membenarkannya hantar berhampiran sekolah sebab malu kerana ibunya tidak memakai tudung.

Terdahulu, Zarina pernah mencetuskan kontroversi gara-gara dikatakan membuka tudung untuk terus berlakon drama. Namun hakikatnya, pemilik Addura Marketing Sdn Bhd ini belum berhijab sepenuhnya. Tetapi hanya mencuba mengenakan tudung mengikut watak di dalam drama.





"Sebelum ini saya cuba-cuba pakai tudung, ikut karakter di dalam drama. Anak ketiga dan keempat selalu marah saya begini, kenapa ibu tak pakai tudung? Pakailah tudung, dosa tau…

"Sampaikan anak bongsu tak kasi saya hantar berhampiran sekolah sebab katanya malu saya tak pakai tudung. Saya terdiam, tak terkata.

"Saya jelaskan pada anak-anak, ibu berlakon dan belum masanya lagi ibu pakai tudung. Anak-anak cakap, tak berlakon pun ibu masih boleh buat bisnes.



"Bagi saya hidayah itu milik Allah. Saya sentiasa berdoa mana tahu suatu hari nanti hati saya benar-benar terbuka untuk berhijab.

"Yang penting Allah tahu niat saya dalam lakonan yang merupakan rezeki saya dan keluarga. Manusia-manusia lain nak cakap apa pun, saya tak kisah," ujar Zarina dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, kata Zarina, dia baru selesai menjalani penggambaran drama 'Satu Cinta, Imam Mudaku Romantik', 'Mr Secret Admire' dan 'Waris Kampung Semarah Padi'.



"Saya masih aktif berlakon sebab ini punca rezeki saya. Saya suka bekerja sendiri dan tidak mahu terlalu bergantung pada suami. Ada watak sesuai dengan status isteri, ibu dan usia saya akan terima," jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, Zarina melalui syarikat miliknya Addura Marketing bakal mengeluarkan tudung dan jubah daripada kain jenis T-shirt rekaannya sendiri.

Selain itu, Zarina juga mengeluarkan produk kosmetik, kecantikan wajah dan kulit jenama Addura sejak 18 tahun lalu.

Juga perniagaan makanan dengan menyediakan tempahan pulut kuning beserta rendang ayam dan daging untuk pelanggan mengadakan kenduri, khatam al-quran, hari jadi, majlis perkahwinan dan sebagainya.

"Tudung dan jubah rekaan saya ini sangat ringan dan trendy, bersesuaian mengikut cita rasa masakini. Konsep tudung dan jubah yang selesai dengan semua majlis.

"Saya sendiri belum berhijab sepenuhnya tetapi mana tahu dengan bisnes tudung dan jubah ini, doakan saya ubah penampilan.

"Semepena Ramdan pula saya juga buat biskut raya antara yang selalu popular ditempah pelanggan ialah tat nanas, biskut kacang dan almond London.

"Selalunya Ramadan saya tak ambil shooting sebab selain fokus pada anak-anak dan keluarga, saya tumpu pada bisnes biskut raya serta pulut kuning dengan rendang," katanya.


Sumber: MO



         ________________________





No comments: