14 May 2016

SELAMAT NIKAH - HAFIZ SUIP KINI SUAMI NUREFFY



Akhirnya dengan sekali lafaz, Hafiz Suip, 26, sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah, 23, sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Haji Fauzi di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.





Nureffy telah menerima mas kahwin sebanyak RM120 dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan rakan baik penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano iaitu Akim Ahmad.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 27 Februari 2015 di sebuah hotel di Kuching.

Tahniah diucapkan!



































 
Sumber: HLive & BH
Foto: Hafiz IG, Nureffy IG & hafizeffywedding2016

         ________________________





No comments: