13 May 2016

YAZIT ENGGAN MOHON MAAF - BUAT LAPORAN POLIS KALI KEDUA



Bak kata pepatah, 'nasi sudah berjadi bubur'!

Mungkin itu yang berbuku dihati pemain dram Search, Yazit Ahmad yang enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut kumpulannya, kelmarin.

"Untuk apa saya mohon maaf? Tentang laporan polis dan dakwaan pecah amanah, saya tidak akan tarik balik, malah akan membuat laporan polis yang kedua pada petang ini.





"Bagaimanapun, saya tidak bersedia untuk menjelaskan isi kandungan laporan tersebut sekarang," ujar Yazit, 54, dipetik sebagai berkata.

Yazit berkata demikian bagi mempertahankan dirinya mengenai bayaran konsert serta dimaki 'tua sakit nak mampus' oleh isteri penyanyi utama kumpulan rock tersebut dalam satu sidang media khas yang diadakan di G-Tower, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Yazit turut terkilan selepas mendapat tahu namanya dikeluarkan daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Search dan penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jets Sdn. Bhd.



"Saya tidak faham mengapa nama saya dikeluarkan dari MoU tersebut. Saya yakin ada dalang dalam Search yang mahu menyingkirkan saya dari kumpulan," tambah Yazit kecewa.

"Selepas 35 tahun dan saya sekarang jatuh sakit, mereka terus mengenepikan saya dan tidak pernah berbincang dengan saya mengenai konsert 35 Tahun itu. Saya hidup lagi tapi mereka layan saya macam dah mati.

"Hakikatnya saya adalah pengasas kumpulan itu, saya yang kutip Amy, Kid, Din dan Nasir. Saya yang perjuangkan band ini. Search ni ibarat nyawa saya. Saya tak.pernah ada niat nak memalukan Search," katanya.

"Mengenai bayaran RM75,000 pula, saya sahaja yang tidak menerima apa-apa pun daripada jumlah tersebut.

"Jika benar RM75,000 itu untuk tujuan promosi, mengapa cek dibayar atas nama individu sebanyak RM18,750 setiap seorang selepas dibahagi empat?", soalnya lagi yang diwakili oleh peguam, Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli.


Sumber: AG & MD



         ________________________





No comments: