08 June 2016

ALUNAN AZAN YABANG BERKUMANDANG DI ASTRO



Suaranya memang cukup merdu bila mengalunkan azan. Malah dia juga sudah berbuat demikian sejak berusia 9 tahun lagi, di Masjid Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah.

Beliau tidak lain tidak bukan ialah vokalis band popular 90-an, Khalifah, Yabang. Suaranya terpilih bagi mengalunkan azan menandakan masuknya waktu Maghrib sepanjang bulan Ramadan ini di saluran 501, Astro Awani.





Difahamkan, pemilihan Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Hj. Oyong itu adalah berikutan banyak pihak yang memperkatakan tentang kelunakan dan kemampuan penyanyi itu berqasidah.

Saat dipelawa merealisasikan perkara itu, vokalis yang popular dengan lagu Hang Pi Mana? itu awal-awal lagi sudah menyatakan kesudiannya.




INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Sebelum ini, ada pihak yang memuat naik video laungan azan di sebuah masjid di Youtube yang didakwa dialunkan oleh Yabang.

Azan oleh Yabang pada tahun 2014
 
Sumber: Astro Awani



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...