01 June 2016

BERGELAR DOKTOR - SOO WINCCI NANGIS TERESAK-ESAK



Nampaknya, jika anda sakit... anda boleh bertemu dengan doktor 'cun' yang dulunya figura ratu cantik dan juga seorang artis berbakat iaitu Soo Wincci.

Untuk info, dia kini sah bergelar doktor setelah selama enam tahun mengikuti pengajian peringkat kedoktoran.

Disebabkan kejayaannya itu, Soo Wincci dilihat menangis hampir satu jam mengenangkan pengorbanan yang terpaksa dilaluinya. Ini kerana, sebelum ini dia terpaksa tidur lewat dan adakalanya tidak tidur langsung semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran.





"Minta maaf, Wincci dah tak dapat mengawal emosi selepas pemeriksa mengumumkan bahawa Wincci akhirnya sudah lulus PhD. Perjuangan selama enam tahun bersendirian, dalam tempoh itu juga kurang tidur dan mengalami tekanan hanya gara-gara untuk mendapatkan nama doktor. Sekarang Wincci Boleh Pergi Tidur Sepuas-Puas.

"Jutaan penghargaan kepada sokongan yang telah anda berikan dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang enam tahun ini," ujarnya yang berkongsi kegembiraan itu di Instagram.





Wincci bakal menerima Doctor of Philosophy (PhD) itu dari sebuah universiti tempatan.

Tahniah diucapkan!


Info & foto: Soo Wincci IG



         ________________________





No comments: