09 June 2016

BIARKAN STACY TAK BERHIJAB - AKIM DIKATAKAN 'DAYUS'



Hanya kerana tidak menyuruh isterinya, Ummu Syaikhah Stacy Anam bertudung sebaik sahaja memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, Akim Ahmad mendakwa dituduh 'dayus' oleh segelintir pihak.

Akim bagaimanapun berkata bahawa bukan mudah untuknya membimbing isterinya seorang saudara baharu mendalami agama dalam masa singkat.

"Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa.





"Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami," ujar Akim dipetik sebagai berkata.

Ini kerana bagi Akim, Stacy diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil yang perlu mempelajari banyak perkara di dalam kehidupan sehariannya. Sama juga seperti beliau yang baru sahaja menjadi saudara Islam, masih banyak yang perlu dipelajarinya, dimana beliau sendiri juga mengambil pelbagai initiatif untuk belajar mengaji dan sebagainya lagi.

Terdahulu, Stacy ada mendedahkan bahawa beliau juga ingin menumpukan perhatian mempelajari bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan itu, Stacy telah mengupah seorang ustazah yang akan ke rumahnya untuk mengajar beliau mengaji serta mempelajari lebih mendalami lagi tentang kelebihan Al-Quran.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Dalam perkembangan terbaru, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 itu akan menunaikan umrah di Mekah bersama anggota kumpulannya 'Akim & The Majistret' pada 18 Jun ini sehingga Hari Raya Aidilfitri, namun tidak membawa Stacy ikut bersama.

Sebab kenapa Akim tidak membawa Stacy bersama adalah kerana dia ingin isterinya itu belajar banyak perkara sebelum menunaikan ibadat di Tanah Suci. Akim yang berat hati meninggalkan keluarganya beraya keseorangan berjanji akan membawa isterinya itu bersama dalam setahun dua lagi.

"Bukan saya tidak mahu membawa Stacy bersama-sama menunaikan umrah, tetapi masih banyak yang dia perlu belajar sebelum menjejakkan kaki ke Makkah," jelasnya.


Sumber: BH Plus



         ________________________





No comments: